Kematian Covid-19 semakin menurun - Utusan Malaysia

Kematian Covid-19 semakin menurun

Pelajar menunggu giliran untuk mendaftar dalam aplikasi MySejahtera selepas menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan, Marang hari ini. Seramai 1,470 pelajar daripada empat sekolah menerima dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech sebagai persediaan pembukaan sesi persekolahan pada Okotober ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semalam, Malaysia mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 87 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 90 kes sebelum ia berubah kepada 107 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 9 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku peningkatan, sebanyak 258 kes berbanding kelmarin, 278 kes sekali gus menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 25,695 kes. 

Sebanyak 75 daripada 258 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 5,097 kes. 

Sebanyak 978 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 576 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 9,554 orang. 

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 56 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), enam kes diikuti Johor (53/20), Kedah (46/7), Kuala Lumpur (25/1), Pulau Pinang (21/13), Sarawak (19/7), Sabah (12/11), Kelantan (5/5), Perak (5/5), Pahang (5/4), Melaka (4/3), Terengganu (4/2), Perlis (2/1) dan Negeri Sembilan (1/1). 

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 10,959 kes berbanding semalam, 13,104 kes sekali gus 16,430 kes sembuh. 

“Tempat kerja terus menjadi penyumbang dengan sembilan daripada 19 kluster Covid, hari ini, manakala Kelantan merekodkan lapan kluster. 

“Selain tempat kerja, komuniti mencatatkan lapan kluster manakala pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi, masing-masing satu kluster,” katanya.  -UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya