Keadaan tanah tidak sesuai, wujud mata air - Utusan Malaysia

Keadaan tanah tidak sesuai, wujud mata air

GAMBAR tular dalam media sosial berlakunya limpahan cecair bewarna merah di kawasan Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang, Seremban baru-baru ini sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Orang ramai khususnya umat Islam diminta tidak bimbang dan memperbesarkan mengenai isu limpahan air bewarna merah yang berlaku di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights di Senawang di sini seperti yang tular baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd. Ghani berkata, pihaknya bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Mineral dan Geosains telah melakukan lawatan ke tapak perkuburan tersebut petang tadi.

Tambanya, hasil penerangan yang telah diberikan, kawasan perkuburan tersebut mempunyai aliran mata air dan kandungan tanahnya mempunyai batuan bewarna merah sekali gus apabila ia bercampur telah mengakibatkan berlaku limpahan air bewarna merah di kawasan itu.

“Kami juga sedia dimaklumkan bahawa kawasan tapak tanah perkuburan tersebut dahulunya adalah kawasan berpaya dan memang sering berlaku limpahan air terutama ketika waktu hujan.

“Sehubungan itu, mengambil kira perkara tersebut, pihak MBS membuat keputusan untuk menutup tanah perkuburan tersebut kerana lot tanah yang tinggal tidak lagi sesuai untuk dikebumikan jenazah. Oleh itu urusan pengkebumian jenazah umat Islam di kawasan sekitar seperti di Paroi dan Senawang akan dibawa dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam di Bandar Ainsdale,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial beberapa keping gambar yang dimuat naik berlaku limpahan cecair seakan darah dan juga minyak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Forest Heights sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Sementara itu, Mohamad Taufek berkata, tanak perkuburan tersebut akan ditutup sementara sehingga kerja-kerja pembinaan teres di sebidang tanah yang terletak bersebelahan tanah perkuburan itu siap.

“Tanah itu juga akan digunakan sebagai tapak tanah perkuburan. Kerja-kerja pembinaan teres sedang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya hakisan di tanah tersebut, ia dijangka siap kira-kira dua bulan lagi.

“Buat sementara Tanah Perkuburan Islam Forest Heights akan ditutup bagaimana aktiviti ziarah masih boleh dijalankan,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya