JPJ tidak pernah keluarkan arahan cat bumper bas sekolah warna biru - Utusan Malaysia

JPJ tidak pernah keluarkan arahan cat bumper bas sekolah warna biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah mengeluarkan arahan supaya pengusaha bas sekolah mengecat bumper bas dengan warna biru bagi tujuan pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

JPJ menerusi kenyataan akhbar berkata, buat masa ini, peraturan berkaitan warna dan tanda bas sekolah masih kekal dan tiada sebarang perubahan.

Menurutnya, ia adalah selaras dengan peraturan di bawah Kaedah-Kaedah Bas Sekolah (Warna dan Tanda) 1987, yang mana melalui peraturan itu semua bas sekolah yang beroperasi hendaklah dicatkan dengan warna Amber.

“Manakala tulisan ‘BAS SEKOLAH’ pada pada kenderaan bas tersebut hendaklah dicatkan dengan warna hitam,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mendakwa kononnya JPJ mengarahkan supaya bahagian bumper bas sekolah dengan cat warna biru untuk tujuan pemeriksaan di PUSPAKOM.

JPJ berkata, kenyataan dikeluarkan Guan Eng it tidak benar dan juga peraturan yang dinyatakan itu tidak pernah dikeluarkan kepada mana-mana pengusaha atau pengendali bas sekolah, di negara ini.

Jelasnya lagi, Kementerian Pengangkutan (MOT), JPJ dan PUSPAKOM amat memahami dan sentiasa prihatin terhadap keperitan hidup rakyat ekoran akibat pandemik Covid-19 yang menyelubungi negara ini.

“Atas kesedaran tersebut, maka beberapa inisiatif dilaksanakan bagi tujuan meringankan beban pengusaha dan pengendali bas sekolah, di mana salah satu daripadanya ialah pengecualian tindakan saman kepada kenderaan perdagangan termasuk bas sekolah yang tamat tempoh serta gagal untuk hadir Pemeriksaan PUSPAKOM, bermula 1 Jun lalu sehingga 30 September ini.

“Dalam hubungan ini, semua pihak adalah dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat atau informasi yang tepat serta boleh dipercayai melalui agensi kerajaan, sebelum menyebar luas apa-apa info ataupun maklumat yang tidak diketahui akan keabsahannya kepada
orang ramai, khasnya melalui platform media sosial,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya