Hanya yang berani, setia sanggup digelar kluster mahkamah- Zahid - Utusan Malaysia

Hanya yang berani, setia sanggup digelar kluster mahkamah- Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya pimpinan UMNO yang berani dan setia serta sanggup bertahan walaupun dilabel sebagai kluster mahkamah.

Malah, Ahmad Zahid berkata, istilah kluster mahkamah direka pasukan propaganda sebagai usaha berterusan memburukkan sebilangan pimpinan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Katanya, ia juga adalah ‘character assassination’ selepas menyaksikan sebilangan besar rakyat hilang keyakinan terhadap parti politik yang mereka dokong dan kembali menaruh harapan.

“Namun, mereka buat-buat lupa bagaimana sebahagian daripada pemimpin parti politik mereka menyelamatkan diri daripada momokan Kluster Mahkamah. Mereka ini terlepas daripada momokan Kluster Mahkamah dengan meninggalkan perjuangan parti dan melompat kepada parti yang menang PRU-14.

” Hanya pimpinan UMNO yang berani dan setia kepada perjuangan parti sanggup bertahan dan menentang walaupun dilabel sebagai Kluster Mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini .

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, mereka yang lompat parti sebenarnya tiada ‘moral standing’ untuk memberi pandangan terhadap individu yang konon mereka gelar sebagai kluster mahkamah.

“Dengan itu adalah wajar mereka menginsafi tingkah laku kerana rakyat zaman ini hidup di zaman bermaklumat yang mengerti apa yang berlaku,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya