fbpx

25 Oktober 2021, 5:47 am

  TERKINI

Hanya 12 kluster direkodkan Malaysia

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja kembali mencatatkan jumlah terbanyak iaitu lima kluster Covid-19 daripada 12 kluster, hari ini, manakala Johor dan Selangor menjadi penyumbang terbanyak kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi merekodkan tiga kluster, dua kluster komuniti manakala pendidikan lain dan keagamaan, masing-masing satu kluster.

Katanya, tempat kerja melibatkan dua di Johor manakala Kedah, Melaka dan Selangor, masing-masing satu kluster.

“Bagi kluster kumpulan berisiko tinggi, dua di Selangor dan satu di Pulau Pinang manakala komuniti, Sarawak dan Pahang, masing-masing satu kluster.

“Satu kluster pendidikan lain di Johor dan satu kluster keagamaan di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 13,899 kes berbanding semalam, 14,554 kes sekali gus diatasi 18,074 kes sembuh manakala 1,071 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 601 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak merekodkan kes positif tertinggi iaitu 2,712 kes diikuti Selangor (2,341), Johor (1,377), Kelantan (1,170), Perak (1,128) dan Pulau Pinang (1,060).

“Tujuh negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Sabah (962), Pahang (779), Terengganu (760), Kedah (708), Melaka (339), Kuala Lumpur (310) dan Negeri Sembilan (194).

“Putrajaya mencatatkan 37 kes dan Perlis, 17 kes manakala Labuan hanya lima kes,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 91 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 92 kes sebelum ia berubah kepada 115 kes.

Rekod terbabit adalah setakat jam 7 petang, hari ini yang berdasarkan maklumat dikemaskini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my,

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku peningkatan, sebanyak 250 kes berbanding kelmarin, 116 kes.

Jumlah kematian menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 24,931 kes.

Sebanyak 49 daripada 250 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,887 kes.

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 65 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), 10 kes diikuti Sabah (43/14), Johor (41/19), Pulau Pinang (20/13), Sarawak (16/6), Perak (14/6), Kelantan (14/5), Pahang (9/4), Kedah (6/4), Terengganu (6/2), Kuala Lumpur (6/2), Negeri Sembilan (4/2), Melaka (3/3) dan Perlis (3/1).

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu. -UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI