Fasa peralihan monsun bawa hujan lebat - Utusan Malaysia

Fasa peralihan monsun bawa hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 24 September sehingga awal November ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 19 Mei lalu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini , fasa peralihan ini bakal menyaksikan tiupan angin lemah dari pelbagai arah serta kejadian ribut petir yang membawa keadaan hujan lebat.

“Ia lazimnya membawa hujan lebat beserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya di kawasan rantau negara.

“Kejadian ini dijangka berlaku pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca ini turut berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan. 

“Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN