Curi RM25 Juta : Tiada laporan 3 pegawai kanan SPRM direman - Utusan Malaysia

Curi RM25 Juta : Tiada laporan 3 pegawai kanan SPRM direman

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tiada sebarang laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman kerana didakwa terlibat dalam mencuri barang kes membabitkan wang tunai berjumlah lebih RM 25 juta (AS$6juta).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan tengah malam tadi berkata, pihaknya sedia maklum dengan isu tular membabitkan pegawai kanan SPRM itu.

“PDRM bagaimanapun ingin mengesahkan bahawa sehingga hari ini, tiada sebarang laporan polis diterima oleh PDRM berhubung kejadian ini.

”PDRM ingin menasihat orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan bertanggungjawab serta tidak menyebarkan berita tidak benar,” tegas beliau.

Terdahulu, tular berkaitan tiga pegawai kanan SPRM direman kerana didakwa mencuri barang kes iaitu wang tunai yang merupakan milik Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul.

Menerusi sebuah blog mendedahkan SPRM telah menggeledah dan merampas sejumlah wang tunai dolar Amerika Syarikat dari sebuah unit kondominium di Cyberjaya yang disyaki milik Hasanah pada Ogos 2018.

Bagaimanapun, Hasanah dilaporkan mahu menuntut semula wang berkenaan daripada SPRM tetapi yang tinggal hanya sebahagian duit dan selebihnya adalah duit palsu.

Tuntutan dilakukan selepas mahkamah telah memberikan DNAA iaitu bebas tanpa lepas kepada Hasanah berhubung siasatan yang dijalankan.

Dedah blog itu lagi, Hasanah dikatakan telah membuat laporan polis susulan itu tiga pegawai SPRM berkenaan telah direman selama enam hari bermula 14 September ini selepas menjalankan siasatan dalaman.

Namun kes itu didakwa telah disenyapkan dari pengetahuan umum.

Malah blog berkenaan turut mempersoalkan kewajaran SPRM mengambil alih siasatan kes berkenaan sedangkan laporan polis telah dibuat.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya