361 kematian; 904 kes ICU - Utusan Malaysia

361 kematian; 904 kes ICU

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 19,733 kes berbanding semalam, 18,547 kes sekali gus terus diatasi kes sembuh iaitu 22,701 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 361 kematian dicatatkan dengan 904 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 430 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 248,673 kes aktif.

Katanya, Sarawak pula menjadi penyumbang terbesar dengan mencatatkan 3,100 kes diikuti Selangor (2,989), Pulau Pinang (2,474), Sabah (2,067), Johor (1,867), Kedah (1,564), Kelantan (1,471) dan Perak (1,319).

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Terengganu (904), Pahang (700), Kuala Lumpur (537), Melaka (375) dan Negeri Sembilan (256).

“Perlis pula mencatatkan 74 kes dan Putrajaya, 29 kes manakala Labuan hanya tujuh kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN