16,000 vaksin Cansino untuk penduduk Semporna - Utusan Malaysia

16,000 vaksin Cansino untuk penduduk Semporna

KHAIRY Jamaluddin menunjukkan bebuli vaksin dos tunggal CanSino semasa lawatan di PPV SK Pulau Larapan, Semporna hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Situasi semasa yang berlaku di Sarawak mungkin memberi gambaran sebenar keadaan yang akan berlaku pada peralihan fasa endemik Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Sarawak melaporkan kes tertinggi semalam namun, 99 peratus kes yang dilaporkan membabitkan kategori 1 dan 2 manakala, empat lagi bagi kategori 3 hingga 5.

KHAIRY Jamaluddin (dua kanan) bersama Noor Hisham (kanan) dan Shahelmey (kiri) semasa melawat Program Jerayawara Covid-19 di Pulau Larapan, Semporna hari ini

 

 

 

 

 

 

 

 

Keadaan ini menunjukkan peralihan kepada fasa endemik seolah-olah masyarakat hidup dengan virus iaitu jangkitan masih ada namun, kesannya tidak teruk.

“Kita akan melawat Sarawak pada seminggu dua lagi untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku. Sekiranya itu perkembangannya iaitu kes masih tinggi tapi kesannya hanya batuk dan demam ringan sahaja.

“Itu akan menjadi gambaran keadaan yang akan berlaku di tempat lain. Malah, negara lain seperti England juga mencatatkan 30,000 kes, biarpun kes Covid-19 meningkat tapi kesannya tidak teruk,” katanya selepas melawat Program Jerayawara (Outreach) Covid-19 di Pulau Larapan, hari ini.

Program ini merupakan lawatan kerja rasmi  beliau ke Sabah selama dua hari, bermula semalam.

Dalam pada itu, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan akan menghantar 16,000 vaksin dos tunggal, CanSino ke daerah ini. Setakat ini 3,000 dos vaksin sudah dihantar manakala, 10,000 dos lagi akan dihantar pada dua minggu lagi.

Menurut beliau, penghantaran vaksin dos tunggal ke Semporna penting kerana penduduk di sini tinggal di kawasan yang sukar diakses.

“Hari ini dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Larapan menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara bagi program jerayawara kali ini. Kita menyasarkan 1,000 dos vaksin tunggal diberikan sepanjang program ini.

“Kehadiran masyarakat dari pulau-pulau sekitar jelas menunjukkan kesedaran masyarakat agak tinggi. Walaupun mereka tinggal di pulau dan pedalaman tapi, kesedaran mereka amat baik. Ini membuktikan komunikasi kita untuk meningkatkan kesedaran juga sampai,” katanya.

Khairy berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Ketua Menteri Sabah bahawa negeri ini akan diberi keutamaan sekali lagi bagi menerima vaksin CanSino apabila bekalan diberikan kepada Malaysia.

Jelas beliau, vaksinasi Covid-19 ini adalah untuk semua rakyat yang berada di Malaysia. Hari ini, ada yang datang dengan surat daripada kerajaan negeri dan ketua masyarakat yang mengesahkan identiti mereka.

“Mereka tiada Kad Pengenalan (IC) biru. Namun, saya sudah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan jemaah menteri untuk membenarkan semua orang menerima vaksin. Apa yang penting kesihatan awam kerana tiada yang selamat sehingga kita semua selamat,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir. Shahelmey Yahya dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Rose Nani Mudin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya