108 kg herba Cina dirampas - Utusan Malaysia

108 kg herba Cina dirampas

SEBAHAGIAN produk herba Cina yang tidak mempunyai permit import sah dirampas Maqis dalam pemeriksaan di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth (NBCT), Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas sebanyak 108 kilogram (kg) herba Cina semasa pemeriksaan di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth (NBCT) di sini semalam. 

Maqis negeri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, rampasan itu hasil pemeriksaan rutin di tapak pemeriksaan Kastam kira-kira pukul 3.15 petang. 

Menurutnya, pemeriksaan itu mendapati herba Cina jenis Yushania Qiaojiaensis terbabit tidak mempunyai permit import yang sah. 

“Sehubungan itu sebanyak 108 kotak herba Cina terbabit dengan anggaran nilai RM2,484 telah disita untuk siasatan lanjut,” katanya. 

Kenyataan itu menambah, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN