Terengganu buru 75,000 golongan dewasa belum divaksin - Utusan Malaysia

Terengganu buru 75,000 golongan dewasa belum divaksin

AHMAD SAMSURI MOKHTAR.-UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sejumlah 74,910 golongan dewasa di negeri ini dikenal pasti belum menerima suntikan vaksinasi Covid-19.

Menteri Besar,  Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, golongan itu kini diburu bagi memastikan kesemua mereka menerima manfaat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Dalam tempoh tiga minggu lagi, insya-Allah Terengganu akan mencapai 90 peratus imuniti kelompok.

“Sehubungan itu kita menyeru penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas yang masih belum divaksin agar segera mendapatkannya di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) berdekatan sama ada secara walk-in (datang terus) atau janji temu MySejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, kesemua golongan itu sukar dijejaki berkemungkinan atas pelbagai faktor termasuk penghijrahan kerja di luar negeri dan sebab-sebab lain.

Beliau turut menyentuh yang kadar vaksinasi Covid-19 masih agak rendah di tiga daerah iaitu Dungun, Setiu dan Besut.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN