Warisan nafi kenyataan tular sokong PN - Utusan Malaysia

Warisan nafi kenyataan tular sokong PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan satu kenyataan tular mengenai sokongan parti itu terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara en-block.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S. Padua hari ini mengesahkan kenyataan tular itu adalah berita palsu dan sekadar mainan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang merupakan alat propaganda kerajaan.

LORETTO S. PADUA

Semalam satu kenyataan yang menggunakan kepala surat parti memaklumkan Presiden Warisan telah membuat keputusan demi kelangsungan parti untuk bangsa, agama dan negara iaitu menyokong Kerajaan PN secara en-block demi kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya dalam menghadapi pandemik yang melanda ketika ini.

Keputusan itu didakwa dibuat dalam mesyuarat tergempar mengenai situasi politik semasa pada petang semalam. Perkara yang dibincangkan meliputi kes Covid-19, vaksinasi, penarikan diri UMNO dari kerajaan dan kestabilan politik di Malaysia.

Antara perkara paling utama yang kononnya dibangkitkan di dalam mesyuarat petang semalam adalah pengumuman penarikan diri 12 ahli Parlimen UMNO yang menyokong kerajaan PN dan jumlah sokongan ahli Parlimen kepada kerajaan sekarang.

Kenyataan itu memaklumkan Warisan turut menyahut seruan kerajaan dalam bersama-sama berganding bahu melawan pandemik Covid-19 dan menjayakan program vaksinasi yang sekarang ini sudah melebihi 500,000 dos sehari.

Kenyataan palsu itu tular setelah UMNO memilih untuk menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam sidang akhbar petang semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan UMNO mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan PN.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya