Vaksinasi sektor pelancongan Melaka akan diwujudkan - KM - Utusan Malaysia

Vaksinasi sektor pelancongan Melaka akan diwujudkan – KM

SULAIMAN Md. Ali (tengah) tiba di pekarangan masjid ketika mengadakan lawatan kerja di PPV Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Program vaksinasi khas untuk sektor pelancongan akan diwujudkan sebagai persiapan awal, andai ia dibenarkan semula beroperasi kelak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan vaksinasi khusus untuk sektor pelancongan, memandangkan kini sektor peruncitan menerusi Program Vaksinasi Industri Peruncitan (Rivac) bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, perancangan imunisasi dalam kalangan pemain industri juga telah dirancang, berikutan Melaka adalah sebuah negeri pelancongan.

“Memang ada cadangan dan perancangan, sebab kita mesti bersedia apabila sektor pelancongan dibuka, maknanya sektor pelancongan itu beroperasi, kita sudah sedia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid Al-Alami, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Yang turut hadir Penasihat Agama kepada Ketua Menteri, Datuk Kamarudin Sidek dan Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Sulaiman menambah, kerajaan negeri telahpun menerima senarai nama pekerja sektor itu untuk tindakan selanjutnya.

“Saya dah hantar (senarai nama) mereka yang layak, cuma kelulusan itu bukan di bawah saya, ia kelulusan Kementerian Kesihatan.

“Melaka adalah negeri pelancongan dan kita mohon sektor ini iaitu staf atau pekerja dalam sektor tersebut diberikan vaksinasi,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya