UMNO sumbang bantuan RM30,000 untuk mangsa banjir di Kedah - Utusan Malaysia

UMNO sumbang bantuan RM30,000 untuk mangsa banjir di Kedah

RAZLAN RAFFIE (dua kanan) menyelaras bantuan untuk mangsa banjir di Kedah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO menyerahkan sumbangan barangan bernilai RM30,000 untuk mangsa banjir di Yan, Kedah, hari ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Raffie berkata, antara barangan keperluan yang disumbangkan kepada penduduk di sana seperti beras, makanan segera, lampin pakai buang, susu, minyak masa, pelitup muka dan biskut.

“Juga seramai 30 Sukarelawan Sabil akan menguruskan pengagihan serta melakukan kerja-kerja sukarelawan pembersihan kawasan di sana.

“Saya mengharapkan bantuan ini akan meringankan beban penduduk yang terbabit.

“UMNO dari dulu tidak pernah meninggalkan rakyat, insyallah kita akan terus membantu mereka yang terlibat dengan musibah ini” katanya hari ini.

Baru-baru ini, berlaku bah secara mengejut menyebabkan beberapa petempatan di sekitar Gunung Jerai Yan dilanda banjir kilat dipercayai akibat kejadian kepala air dari kawasan air terjun di kaki gunung itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang turut menyebabkan kerosakan jalan raya dan kediaman.

Tiga mangsa maut ditemukan di beberapa lokasi di sekitar kawasan Gunung Jerai dan tiga lagi yang hilang di kawasan Titi Hayun.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN