Tindakan Ku Li aneh - Annuar - Utusan Malaysia

Tindakan Ku Li aneh – Annuar

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh memohon untuk menukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat daripada blok kerajaan ke blok bebas baru-baru ini disifatkan sebagai aneh.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu terasa ‘aneh’ kerana Tengku Razaleigh melakukannya bersendirian tanpa perbincangan bersama rakan-rakan lain yang kekal di tempat duduk masing-masing.

“Masing-masing ada hak, tapi lazimnya kita ahli parlimen kepada sesebuah parti, kita buat serentak bersama parti. Terus-terang saya rasa rasa anehlah sikit.

“Presiden tak minta.. Naib Presiden tak minta.. Dia seorang minta pindah, tapi hak diakan, kita hormatlah,” katanya dalam sidang akhbar ketika hadir ke program Vaksinasi Oghe Parlimen Terre di Kompleks Yayasan Kemiskinan (YKK) di sini hari ini.

Baru-baru ini, Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO memohon agar tempat duduknya dipindahkan dari blok kerajaan ke blok bebas kerana tidak lagi menyokong Perikatan Nasional (PN).

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, penangguhan persidangan Parlimen kepada tarikh ditetapkan kelak perlu bagi mengelak ‘Kluster Parlimen’ memudaratkan rakyat jika dibawa pulang ke kawasan masing-masing.

“Khamis lalu, kita mendapati 10 kes positif Covid-19 membabitkan pegawai pengiring ahli Parlimen. Jadi timbul isu, sejauh mana Parlimen selamat untuk bersidang? 

“Ahli Parlimen datang dari seluruh negara dan mereka ini akan pulang ke kawasan masing-masing tanpa perlu kuarantin. Maka, Kuster Parlimen mungkin menyumbang kepada merebaknya Covid-19,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya