Tiada perhimpunan dikesan - Utusan Malaysia

Tiada perhimpunan dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis tidak mengesan sebarang perarakan atau perhimpunan melibatkan mana-mana kumpulan di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menutup dan melakukan lencongan trafik di 15 laluan menghala ke Dataran Merdeka.

Katanya, pasukan pematuhan turut digerakkan ke lokasi tertentu yang menjadi tumpuan orang ramai bagi mencegah mana-mana kumpulan atau individu dikhuatiri akan mengambil peluang mengadakan perhimpunan serta perarakan.

“Setakat ini tidak terkesan mana-mana kumpulan atau individu terbabit dengan aktiviti perhimpunan atau perarakan.

“Tindakan itu (berhimpun dan berarak) pada ketika ini adalah jelas melanggar SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Dellhan berkata, orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP ditetapkan MKN dalam usaha memerangi wabak Covid-19.

“Kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan yang masih berkuat kuasa,” katanya.- UTUSAN ONLINE


 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN