ARAU: Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Perdana Menteri kelmarin, tidak ada alasan lagi untuk UMNO tidak bersama dalam Perikatan Nasional (PN) dan membentuk semula kerajaan Persekutuan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, sebelum ini, segelintir pemimpin UMNO tidak senang dengan Tan Sri Muhyiddin tetapi kini halangan itu sudah tiada. “Matlamat kita penyatuan ummah bersama UMNO dan Bersatu namun ditakdirkan berlaku pertembungan di antara…