SHAH ALAM: Speakar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim didesak membenarkan pemakaian baju kebangsaan kerana tidak menjadi pemasalahan besar ketika menghadiri sidang tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Mohd. Sany Hamizan berkata, beliau mendesak perkara tersebut memandangkan tidak menjadi satu kesalahan memakai pakaian itu ketika persidangan DUN.
“Saya menyokong usul sahabat saya Sungai Panjang (Datuk Mohd. Imran Tamrin) berhubung pemakaian baju kebangsaan dan bukan baju Melayu.
“Takkan kita nak harapkan orang Venezuela atau Filipina untuk popularkan pakaian ini,” katanya pada sesi perbahasan ucapan pergulunggan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Bangunan Annex, di sini, hari ini.
Terdahulu, usul berkaitannya dibawa Mohd. Imran kelmarin namun tidak mendapat sebarang respon daripada Timbalan Speaker Hasnul Baharuddin.
Pada persidangan DUN November tahun lalu, berlaku kekecohan selama 10 minit dalam salah satu sesi gara-gara pihak pembangkang memakai baju kebangsaan.
Dalam perbalahan tersebut, Suee Lim telah menegur kesemua wakil rakyat itu dengan mengatakan mereka telah melanggar peraturan ditetapkannya dalam etika berpakaian ketika sesi sidang. – UTUSAN ONLINE