Lima pelajar IKM maut kereta dirempuh treler

Lima pelajar IKM maut kereta dirempuh treler

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat lima pelajar IKM Kota Kinabalu yang terbunuh akibat dirempuh sebuah treler di Simpang Pusat Latihan Rela, Jalan Sulaman, Tuaran semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN: Lima penuntut Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu maut apabila kende­raan dinaiki mereka dirempuh sebuah treler di Simpang Pusat Latihan Rela, Jalan Sulaman, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM).

Mangsa yang maut dikenali sebagai Harianto Anuar, 20, Neil Stanly Pletinie, 20, Mohammad Ikhwan Kurniawan, 20, Mohamad Zuhaikal Mohd Zaidy, 20, dan seorang lagi lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dinaiki kelima-lima mangsa dalam perjalanan dari arah Sepanggar menuju ke Kota Belud.

Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai terbabas lalu ma­suk ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah treler muatan batu kerikil.

Akibat kejadian itu, semua mangsa tersepit sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Mayat semua mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuaran untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN