Selangor tambah peruntukan bantuan khairat kematian - Utusan Malaysia

Selangor tambah peruntukan bantuan khairat kematian

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menambah peruntukan sebanyak RM1 juta bagi Program Bantuan Khairat Kematian RM1,000 yang diperkenalkan bulan lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan daripada kesemua Exco dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berlangsung, semalam.

“Kita telah berbincang dan bersetuju untuk penambahan peruntukan bagi program tersebut setelah mendapat permintaan tinggi daripada rakyat negeri ini.

“Dengan ini, peruntukan bagi program tersebut kini berjumlah RM2.5 juta, berbanding RM1.5 juta daripada sebelum ini,” katanya dalam satu sidang media bagi memaklumkan perkembangan vaksinasi di Selangor secara maya, hari ini.

Bulan lalu, Kerajaan Negeri Selangor melancarkan program tersebut bagi membantu keluarga waris yang meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN