RM2 juta bantu belia ceburi p-hailing - Utusan Malaysia

RM2 juta bantu belia ceburi p-hailing

MOHD. KHAIRUDDIN OTHMAN  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menyediakan dana RM2 juta bagi membantu belia menjana sumber ekonomi dengan menceburi perniagaan berasaskan perkhidmatan penghantaran makanan melalui beberapa syarikat yang terdapat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, bagi menggalakkan aktiviti belia yang terlibat dengan perkhidmatan ini, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah memasuki tahun kedua menyerahkan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).

“Program hari ini adalah majlis penyerahan cek kepada para pemohon bantuan tahun 2020 bagi daerah Petaling Jaya, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam berjumlah RM343,080.

“Manakala penyerahan cek kepada para pemohon bantuan bagi daerah Gombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Sepang dan Klang akan disempurnakan oleh Menteri Besar kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Khairuddin berkata, kerajaan negeri telah menerima 3,000 kuota penerima bantuan p-hailing ini pada tahun lepas dan telah membuka 3000 kuota lagi untuk tahun ini.

Katanya lagi, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan melayari laman web www.msnselangor.gov.my.

“Kerajaan negeri sentiasa komited membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi belia di saat krisis Covid-19 melanda.

“Diharapkan dengan adanya inisiatif ini dapat merancakkan lagi ekonomi gig yang menjadi trend dalam kalangan belia ketika ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN