Raja Perlis terima mengadap Menteri Pertanian - Utusan Malaysia

Raja Perlis terima mengadap Menteri Pertanian

TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL (kiri) berkenan berangkat menerima sembah mengadap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee di Galeri Diraja Arau, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah mengadap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee di Galeri Diraja Arau di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Badrul Hisham Mohamad dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Datuk Dr. Mohammad Zabawi Abdul Ghani.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkembangan berkaitan bidang pertanian dan industri makanan Malaysia dibincangkan serta potensi dan peluang-peluang berkaitan pertanian yang ada khususnya di Perlis.

Industri pertanian dan makanan menjadi perkara yang perlu diberikan penekanan terutama sekali dalam situasi penularan pandemik Covid-19 ketika ini yang mungkin menjejaskan pendapatan serta sumber makanan rakyat selain memastikan bekalan makanan negara terpelihara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN