Polis berjaya kawal kesesakan di PPV SICC - Utusan Malaysia

Polis berjaya kawal kesesakan di PPV SICC

KEADAAN di PPV SICC berjaya dikawal dan orang ramai dilihat menunggu giliran dengan mematuhi SOP ditetapkan.-Ihsan IPD Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kesesakan yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) berjaya dikawal oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Gambar tular menunjukkan orang ramai bersesak di PPV itu dirakam pada 7 pagi tadi dan 30 minit kemudian pasukan pemantau daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu datang memantau dan mengawal keadaaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, orang ramai yang sedang beratur di dalam gambar tersebut merupakan individu-individu yang ingin mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sama ada secara walk-in mahupun janji temu.

Beliau berkata, pemerhatian awal mendapati kawasan pekarangan PPV SICC penuh sesak dengan orang ramai yang dianggarkan melebihi 5,000 orang.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati penduduk tempatan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) terutama dalam aspek penjarakan fizikal.

“Namun, warga asing yang tidak mempunyai janji temu didapati beratur tanpa mematuhi penjarakan fizikal dengan alasan mereka tidak tahu berkaitan SOP PPN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Zaidi berkata, pasukan pemantauan memberikan penerangan dan panduan kepada warga asing itu agar mematuhi penjarakan fizikal. Mereka turut diberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka mengulangi perbuatan tidak mematuhi SOP PPN.

Bagaimanapun katanya, keadaan berjaya diatasi sepenuhnya setelah pasukan pemantau pematuhan BSJ dengan kerjasama ketua Balai Kota Kinabalu serta petugas yang lain mengarahkan orang ramai untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Bermula pagi tadi, tular gambar dan video dalam media sosial menunjukkan orang ramai beratur panjang tanpa menghiraukan penjarakan fizikal di PPV SICC. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN