'Pesta' kupang di Port Dickson - Utusan Malaysia

‘Pesta’ kupang di Port Dickson

PENGUSAHA kupang, Mohd. Shahdan Mohd. Rashid (dua dari kiri) bersama rakannya Muhammad Azaham Azamri (kanan) mengutip kupang sambil kelihatan beberapa orang rakan mereka meletakkan pancang ternakan kupang bersama Jalur Gemilang ketika ditemui Mingguan Malaysia di Telok Sinting, Pasir Panjang, Port Dickson, semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Cuaca yang tidak menentu bukan penghalang kepada para pengusaha ternakan kupang di Pangkalan Nelayan Telok Sinting, Pasir Panjang dekat sini, sebaliknya ia mendatangkan sumber rezeki.

Seorang daripada mereka, Mohd. Hairel Mohd. Rashid,29 berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini dilihat mampu meningkatkan kualiti tumbesaran ternakan kupang mereka.

“Keadaan cuaca yang sekejap basah dan sekejap kering atau panas menyebabkan ternakan kupang kami bertambah baik. Jika cuaca agak panas kemungkinan tumbesarannya akan terbantut.

“Alhamdulillah, dalam seminggu kami boleh mendapatkan hingga 40 hingga 50 kilogram kupang sehari hasil penggunaan pancang bagi membiakkan kupang ini,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia dekat sini semalam.

Sementara itu, Mohd. Hairel berkata, peralihan Negeri Sembilan ke Fasa 2 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) turut meningkatkan permintaan kupang segar daripada restoran-restoran di sekitar daerah ini.

“Pelancong di daerah lain kembali ke Port Dickson dan restoran kembali beroperasi bagi memenuhi permintaan pelanggan mereka sekali gus permintaan untuk kupang segar juga meningkat,” katanya lagi sambil memberitahu terdapat kira-kira 20 pengusaha kupang di sekitar Telok Sinting.

Sementara itu, menurutnya, sempena sambutan bulan kebangsaan tahun ini, pengusaha-pengusaha kupang juga tidak ketinggalan memasang dan meletakkan Jalur Gemilang di kawasan perusahaan masing-masing.

“Ia sebagai simbolik Hari Kebangsaan, jadi, kami meletakkan Jalur Gemilang pada kawasan perusahaan kupang di Telok Sinting ini,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.