Pasir kucing tanpa permit import ditahan di Pelabuhan Kuantan - Utusan Malaysia

Pasir kucing tanpa permit import ditahan di Pelabuhan Kuantan

DUA kontena dagangan mengandungi pasir kucing yang didapati tidak mempunyai permit import sah, ditahan dalam satu pemeriksaan di Pelabuhan Kuantan di Kuantan, Pahang. - FOTO/IHSAN MAQIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menahan dua kontena mengandungi 49,980 kilogram pasir kucing yang cuba dibawa masuk tanpa permit import sah di Pelabuhan Kuantan di sini semalam.

MAQIS dalam satu kenyataan berkata, barang dagangan itu dipercayai dibawa dari China dan dianggarkan bernilai RM 39,406.13.

“Kesemua barang dagangan terbabit kini ditahan untuk tindakan lanjut selepas gagal mengemukakan permit import. Kesalahan tersebut telah dikesan ketika pemeriksaan rutin MAQIS dijalankan,” katanya di sini.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan MAQIS sentiasa komited melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang masuk atau keluar dari negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan.

“Sehubungan itu, penahanan pasir kucing itu akan disiasat mengikut Seksyen 11(1) AktaPerkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda mengikut Seksyen 11(3), mengikut Akta sama, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN