Lebih 300,000 pekerja sektor pembuatan lengkap dua dos - Utusan Malaysia

Lebih 300,000 pekerja sektor pembuatan lengkap dua dos

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 315,974 pekerja sektor pembuatan sudah melengkapkan pemberian dos suntikan vaksin kedua yang diberi menerusi Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), setakat semalam.

Manakala bagi dos pertama pula, sebanyak 786,306 dos diberi kepada pekerja sektor pembuatan melalui program tersebut.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu perkongsian grafik oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di laman Twitternya hari ini.

“Peningkatan penerima vaksin Covid-19 di kalangan pekerja sektor pembuatan Program #PIKAS amat memberangsangkan.

“Kami menyasarkan lebih dua juta pekerja dapat divaksinasi dalam dua bulan akan datang. Berikut kadar vaksinasi dos satu dan dua pekerja syarikat yang menyertai #PIKAS setakat semalam,” tulis laman itu.

Terdahulu, PIKAS dilancarkan pada Fasa 4 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula 16 Jun lepas yang dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustrian yang dikenal pasti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN