KPDNHEP pantau penjualan oximeter tiruan - Utusan Malaysia

KPDNHEP pantau penjualan oximeter tiruan

ROSOL WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga alat bacaan oksigen atau menjual yang tiruan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, tindakan tegas boleh diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Cap Dagangan 2019 terhadap pihak terlibat.

“Walaupun penjualan alat kesihatan termasuk oximeter di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan, tetapi, kita boleh mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya melibatkan penjualan barang tiruan atau harga melebihi sepatutnya.

“Namun, setakat ini, tiada lagi aduan diterima,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan Jalur Gemilang pada program Outreach Vaksinasi di Sekolah Kebangsaan Tanggol di sini hari ini.

Terdahulu, penjualan oximeter meningkat mendadak selepas pelawak terkenal, Shuib Sepahtu yang baru kematian isteri, Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 berkongsi kepentingan alatan itu dalam media sosial.

Alatan mengukur tahap oksigen tersebut dikesan dijual secara berleluasa dengan harga terlalu murah sehingga diragui ketulenannya di platform e-dagang.

Sehubungan itu, Rosol menyarankan orang ramai yang punyai maklumat penjualan oximeter palsu atau dijual dengan harga tidak munasabah kepada KPDNHEP untuk tindakan susulan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya