JOHOR BAHRU: Berubah di Persekutuan, berubahlah di negeri. Itu naratif yang menjadi ‘kepercayaan’ pemerhati politik tanah air ketika ini terhadap negeri-negeri yang mungkin terancam sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang. Tidak terkecuali Johor yang kini memiliki 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berpihak kepada kerajaan, manakala 27 kerusi lagi milik pembangkang atau Pakatan Harapan (PH). Apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan menentukan keabsahan kedudukannya dalam Sidang…










