JKR beri perhatian projek tertangguh akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

JKR beri perhatian projek tertangguh akibat Covid-19

EDDIN Syazlee Shith
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Kerajaan akan memberi tumpuan dan mencari kaedah bagi membolehkan projek-projek pembinaan yang banyak tertangguh ekoran penularan pandemik Covid-19 dapat segera dijalankan semula.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, pelaksanaan semula proje-projek berkenaan adalah penting supaya ia dapat kembali merancakkan ekonomi negara.

“JKR sedang memikirkan bagi mencari jalan projek-projek yang banyak tertangguh untuk segera dijalankan.

“Inilah peluang kita untuk merancakkan ekonomi negara, kalau projek-projek ini dibekukan, kita akan hadapi masalah terutama berkaitan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata demikian kepada pemberita selepas Program Prihatin Masjid, Parlimen Kuala Pilah di Masjid Senaling dekat sini hari ini.

Sementara itu, Eddin Syazlee berkata Program Vaksinasi Industri Pembinaan (CIVac) yang dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berjalan dengan sangat memuaskan.

“Pusat pemberian vaksin (PPV) untuk program akan dibuka lagi kerana pekerja-pekerja dalam sektor ini termasuk pekerja asing perlu diberikan vaksinasi.

“Mereka sama-sama duduk dengan kita (dalam komuniti), kalau kita tidak jaga nanti kita okay, mereka tidak okay, ia akan timbul semula masalah, jadi kita selesaikan semua,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN