Jenazah Tun Sakaran selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Tun Sakaran selamat dikebumikan

JENAZAH Allahyarham Tun Sakaran ketika dibawa masuk ke Makam Pahlawan, Masjid Negeri Sabah hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jenazah Allayarham Tun Sakaran Dandai selamat disemadikan di Makam Pahlawan di pekarangan Masjid Negeri Sabah pada pukul 11.45 pagi.

Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah ini meninggal dunia di Hospital Gleneages dekat sini kira-kira pukul 5.30 pagi tadi akibat jangkitan Covid-19.

Allahyarham dimasukkan ke hospital swasta berkenaan sejak 18 Ogos lalu akibat jangkitan Covid-19 dan beliau kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 24 Ogos lalu.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Siti Rukaiyah Abdullah dan 12 orang anak.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, yang juga anak saudara Allahyarham.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya