Ganjaran untuk Azizulhasni sudah ada, diumum dalam masa terdekat - exco - Utusan Malaysia

Ganjaran untuk Azizulhasni sudah ada, diumum dalam masa terdekat – exco

AZIZULHASNI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan mengumumkan ganjaran untuk pemenang pingat perak acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo, Datuk Azizulhasni Awang, dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pemberian insentif berkenaan sebagai penghargaan buat The Pocket Rocketman kerana mengharumkan nama negara.

“Kerajaan negeri sudah bersetuju memberikan insentif menerusi kejayaan meraih pingat perak yang turut dianggap pencapaian luar biasa.

“Azizulhasni merupakan model terbaik dengan pengorbanannya berjauhan daripada keluarga dan negara, jadi, ini antara usaha kita membalas sumbangan beliau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada perlumbaan final di Veledrom Izu semalam, Azizulhasni berada di tempat kedua di belakang pelumba Britain, Jason Kenny, manakala pingat gangsa dimenangi Harrie Lavreysen dari Belanda.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN