503 hari yang penuh bererti - Zulkifli - Utusan Malaysia

503 hari yang penuh bererti – Zulkifli

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri merenung petikan titah Diraja yang digantung di pejabatnya di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : “Alhamdulillah, 503 hari yang penuh bererti,” itu perkongsian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi Facebook, hari ini.

Zulkifli berkata, beliau merakam penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi sepenuh keyakinan kepada beliau untuk menyumbang kepada negara.

“Saya juga ingin berterima kasih semua Pihak Berkuasa Agama Negeri yang memberikan kerjasama penuh bagi semua urusan hal ehwal Islam melibatkan Persekutuan dan negeri.

“Pastinya ia adalah untuk manfaat rakyat khususnya umat Islam,” katanya.

Katanya, sejak Mac tahun lalu, sebanyak RM591.9 juta telah diagihkan melalui inisiatif #Musaadah sejak bermulanya pandemik Covid-19.

Zulkifli berkata, biarpun beliau tidak lagi memegang portfolio kementerian, beliau mahu usaha itu diteruskan.

“Semua inisiatif kami sepanjang 2020 dan 2021 akan saya bentangkan dalam minggu ini, Insya-Allah. 

“Rakyat perlu tahu ke mana setiap sen zakat, infaq, waqaf yang mereka salurkan melalui kami,” katanya.

Katanya, beliau turut memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang perkhidmatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sepanjang  17 bulan enam hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN