200 kotak susu dari Dubai dirampas - Utusan Malaysia

200 kotak susu dari Dubai dirampas

MAQIS menahan sebuah kontena membawa 200 kotak susu bernilai RM928.51 tanpa permit yang sah dari Dubak di Pelabuhan Klang Barat, Pelabuhan Klang, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan sebuah kontena membawa masuk 200 kotak susu bernilai RM928.51 tanpa permit yang sah dari Dubai di Pelabuhan Klang Barat, di sini semalam.

MAQIS Selangor dalam kenyataan berkata, kesemua susu seberat 200 kilogram itu dirampas selepas hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan pada pukul 4 petang.

Katanya, siasatan mendapati kontena tersebut sudah berada di pelabuhan sejak 3 Ogos lalu dan barang tersebut adalah untuk pasaran tempatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728 kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, MAQIS menasihati agar semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di negara ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN