Tolak tempahan bilik hotel daripada kilang dalam kawasan PKPD - Utusan Malaysia

Tolak tempahan bilik hotel daripada kilang dalam kawasan PKPD

ORANG ramai mendaftar untuk mengambil bekalan barangan makanan sumbangan Nasmir Food Bank di Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Meskipun rangkaian hotel dan restorannya terjejas antara 70 hingga 90 peratus gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu,  Nasmir Holding Sdn. Bhd. masih berpegang kepada prinsip tidak sesekali melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika beroperasi. 

Pengarah Urusannya,  Datuk Kadhar Shah Abdul Razak berkata, dalam hal ini, kesihatan awam menjadi keutamaan pihaknya walaupun berpeluang untuk mengaut keuntungan pada masa yang sama. 

Kata Kadhar Shah, sebagai contoh, beliau dimaklumkan seorang pengurusnya semalam mereka secara tiba-tiba menerima panggilan daripada pengurusan sebuah kilang yang mahu membuat tempahan penginapan untuk 30 bilik hotel. 

“Kami pun terkejut dan apabila mendapat tahu mereka ini dari Taman Nagasari iaitu kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), jadi kami terus tolak. 

“Bagi kami, walaupun bisnes perlahan ketika Covid-19 ini, tapi kami tetap pentingkan kesihatan (awam) dan sentiasa mengikut arahan MKN (Majlis Keselamatan Negara),” katanya. 

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Nasmir Food Bank di cawangan Auto City, Juru di sini hari ini. 

Mengulas mengenai inisiatif pelancaran ‘bank makanan’ itu, kata Kadhar Shah, pihaknya memperuntukkan sehingga RM300,000 bermula daripada PKP 1.0 iaitu sejak Mac tahun lepas. 

“Menerusi Nasmir Food Bank ini, mereka yang kehilangan kerja, terputus bekalan atau benar-benar memerlukan bantuan boleh mengambil sehingga lima jenis barangan bagi setiap keluarga antara pukul 2 hingga 6 petang untuk tempoh 20 hari atau bergantung kepada stok dan sebagainya. 

“Selain itu, kami juga bersedia menawarkan pekerjaan kepada mana-mana penerima bantuan ini berdasarkan kelayakan serta kesesuaian mereka,” katanya. 

Dalam pada itu, seorang penerima, Robinah Mat Isa, 55, memberitahu, dia sanggup meminjam motosikal daripada jirannya untuk datang mendapatkan bantuan tersebut dengan ditemani oleh kakak angkatnya, Anisah Ariffin, 61. 

“Suami saya sudah hampir sebulan tak bekerja dan kami juga kini terputus bekalan makanan,” kata ibu kepada lima orang anak itu. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya