Suri rumah derita pendarahan urat betis - Utusan Malaysia

Suri rumah derita pendarahan urat betis

SYARIFAH AINUN berada di hadapan rumah usangnya yang hampir ranap di Kampung Tok Ku, Sering, Kota Bharu.- UTUSAN/ROHANA MOHD NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang suri rumah sudah habis ikhtiar untuk merawat penyakit pendarahan misteri yang dialaminya sehingga dia banyak kehilangan darah sejak lima tahun lalu.

Syarifah Ainun Mohamed, 48, mengalami masalah darah keluar dalam jumlah yang banyak melalui urat betis sehingga terpaksa menadah baldi.

Katanya, penyakit misteri itu terjadi kira-kira sembilan tahun lalu selepas dia bersalin anak bongsunya, Ainun Fatimah Abdullah namun pendarahan semakin serius sejak lima tahun lalu sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital dan secara tradisional.

“Saya amat takut apabila melihat darah yang banyak keluar melalui urat betis. Sebelum ini, darah sudah lama berhenti keluar, namun kembali terjadi pada minggu lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Ku, Sering di sini semalam.

Menurutnya, selepas membuat rawatan tradisional, dia dimaklumkan terkena buatan orang sewaktu berniaga nasi berlauk di bandar Kota Bharu sebelum berhenti sejak lima tahun lalu.

Katanya, bagaimanapun, doktor telah mengesahkan saluran urat betisnya sudah pecah dan menetapkan tarikh 28 September ini untuk pembedahan.

“Bukan mahu mengeluh mengenai kehidupan, tetapi saya bersama suami dan enam orang anak berusia sembilan sehingga 28 tahun kini hidup dalam serba kekurangan lebih-lebih lagi selepas tidak berniaga.

“Kami sekeluarga hanya bergantung kepada pendapatan suami, Abdullah Derahim, 49, yang bekerja sebagai pemandu jentera berat dan anak sulung yang membuka bengkel kereta,” katanya.

Ujar Syarifah Ainun, bagaimanapun, suami dan anaknya kini tiada pendapatan apabila tidak boleh keluar bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan awal bulan Jun lalu.

Katanya, lebih memeningkan kepala mereka sekeluarga ketika ini apabila rumah yang disewa di atas tanah sebanyak RM300 setahun itu akan dirobohkan tidak lama lagi.

“Saya difahamkan pemilik telah mencagarkan tanah ini kepada pihak bank. Saya tinggal di rumah ini sejak berusia enam tahun sebelum keluarga berpindah ke tempat lain, namun kami sekeluarga masih menetap di sini.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.