Sultan Johor terima 20,000 dos vaksin untuk rakyat - Utusan Malaysia

Sultan Johor terima 20,000 dos vaksin untuk rakyat

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan Sultan Johor telah menerima 20,000 dos vaksin untuk kegunaan rakyat di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menerima sebanyak 20,000 dos vaksin jenis Sinovac untuk kegunaan imunisasi Covid-19 bagi rakyat di negeri ini.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, pihaknya sedang berusaha mendapatkan lebih banyak vaksin Covid-19 sama ada jenis Sinovac atau Pfizer BioNTech tidak lama lagi.

Titah Tunku Ismail, usaha yang dilakukan keluarga diraja Johor itu bagi membantu rakyat mendapatkan suntikan vaksin secepat mungkin.

“Kami sedang berusaha untuk mendapatkan lebih vaksin Sinovac atau Pfizer BioNtech dalam masa terdekat ini.

“Kami juga berharap kerajaan dan menteri boleh membantu kami dan mengagihkan lebih banyak vaksin kepada rakyat. Ini masanya untuk bertindak,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Sementara itu, seorang warganet, Sheila Teyla meninggalkan komen bahawa dia berasa amat bersyukur dan berharap ada rezeki mendapat suntikan vaksin kerana belum memperolehinya.

“Daulat Tuanku, terima kasih kerana mengambil berat. Harap dapat menjalani rutin dan kehidupan harian macam biasa,” kata Muliana Rahim.

“Lama sudah mendaftar aplikasi MySejahtera Tunku, harap-harap dapatlah vaksin kali ni,” komen Ahmad Fadzli.

Sementara itu, Darren Jun menulis, “Alhamdulillah semoga Tuanku Sultan Ibrahim dan keluarga terus berbakti kepada negerinya, Amin”. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN