Sindiket guna khidmat ‘transporter’ hantar pelacur - Utusan Malaysia

Sindiket guna khidmat ‘transporter’ hantar pelacur

SEBAHAGIAN wanita warga Thailand serta serta ditahan polis menerusi satu serbuan di ibu negara selepas dipercayai menawarkan perkhidmatan seks.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini, sindiket pelacuran mula dikesan menggunakan taktik baharu menjalankan kegiatan mereka.

Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah menggunakan perkhidmatan ‘transporter’ bagi menghantar wanita warga asing kepada pelanggan hidung belang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas satu serbuan dilakukan kira-kira pukul 4 petang di sebuah kondominium di Jalan Pudu Impian, Cheras di sini susulan risikan yang dilakukan.

Kata beliau, hasil serbuan yang dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) JSJ, Kontinjen Kuala Lumpur itu telah dan 11 individu terdiri seorang lelaki tempatan dan 10 wanita warga Thailand berusia 23 hingga 39 tahun.

“Kesemua mereka ditahan selepas dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di sekitar Kuala Lumpur.

“Modus operandi sindiket ini adalah mengiklankan wanita warga asing yang menawarkan aktiviti pelacuran menerusi aplikasi Telegram serta Whatsapp dan akan menghantar wanita yang telah dipersetujui kepada pelanggan yang berminat,” katanya di sini hari ini.

Tambah Abd. Jalil, pada awalnya, seorang wanita warga Thailand dan seorang lelaki tempatan di sebuah apartment di Jalan Bukit Bintang ditahan.

Ujar beliau, pihaknya telah merampas dua keping kondom serta dua buah telefon bimbit.

“Hasil tangkapan tersebut telah membawa pihak polis ke sebuah apartment di Cheras dan berjaya menahan sembilan lagi wanita warga Thailand serta merampas 32 keping kondom serta 13 buah telefon bimbit,” jelas beliau.

“Kesemua tahanan seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 372A/ 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1963,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya