Sambutan ‘Malaysia Budaya Terbilang’ di PPV KLCC - Utusan Malaysia

Sambutan ‘Malaysia Budaya Terbilang’ di PPV KLCC

PARA sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menampilkan pakaian tradisional pelbagai kaum dan etnik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Para sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menampilkan pakaian tradisional pelbagai kaum dan etnik bagi menyambut ribuan rakyat Malaysia yang mengambil suntikan vaksin Covid-19 di lokasi tersebut.

Ia merupakan kelainan PPV KLCC demi menyerikan suasana proses suntikan vaksin lokasi itu yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Menurut hantaran Facebook sukarelawan PPV KLCC, Rudy Irwan Shukaime, hampir semua sukarelawan menampilkan pakaian tradisional pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.

Antaranya lengkap berbaju Melayu bersamping serta bertengkolok, kurta India dan pakaian etnik rakyat Sabah.

“Minggu ni tema ‘Malaysia Budaya Terbilang’ menampilkan pakaian tradisional pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Kemain segak dan cantik lagi petugas dan sukarelawan PPV KLCC.

“Minggu depan tema apa pula? Tungguuuu…,” katanya.

PPV KLCC merupakan salah satu daripada PPV berskala mega di ibu negara yang telah dibuka pada 7 Jun bagi meningkatkan lagi kapasiti pemberian vaksin di Lembah Klang sekaligus menjadikan lebih ramai orang dapat menerima vaksin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya