Puisi Sesekali ke layar perak - Utusan Malaysia

Puisi Sesekali ke layar perak

Poster telefilem Sesekali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) baru-baru ini mengambil langkah berani apabila bekerjasama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengangkat naskah puisi nukilan Siti Zaleha Hashim (gambar) berjudul Sesekali  menjadi sebuah telefilem.

Puisi Sesekali dipetik daripada buku Kumpulan Puisi Kristal Di Laut Bulan (DBP 2016).

Usaha tersebut dianggap kena pada masanya untuk ditayang  di kaca televisyen sempena Hari dan ditayangkan pada 14 Jun lalu.

Telefilem Sesekali, diarahkan oleh Hisyamudin Ahmad dan skripnya dihasilkan Lily Haslina Nasir yang juga menulis novel Sesekali daripada skrip telefilem ini dan novel itu diterbitkan oleh DBP.

Sesekali mengangkat tema pengorbanan dan kasih sayang dua buah keluarga, iaitu Amrin yang dibintangi Beto Kusyairy dan anaknya Kemboja, lakonan Puteri Rafasya Mizra Abdul Rauf, selain turut menampilkan Azhan Rani.

 

Usaha DBP itu sebenarnya agak unik kerana kali pertama puisi dijadikan sebuah telefilem, berbanding sebelum ini banyak karya novel diangkat ke layar perak.

Sebelum ini,  selain aktif dalam penerbitan media cetak, DBP juga telah bekerjasama dengan stesen penyiaran tanah air iaitu RTM, Astro dan TV3 dalam usaha mempertingkat jumlah penerbitan karya drama televisyen menerusi projek adaptasi novel terbitan DBP menjadi cereka TV dan drama bersiri. 

Antara penerbitan di RTM ialah Mufarakah karya Rahman Shaari, Cahaya Pada Jiwa (Faisal Tehrani), Hujan Sudah Teduh (Zaharah Nawawi), Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (Keris Mas), Jaringan (Rosmini Shaari) dan Senjakala (Baharuddin Kahar), Srengenge (Shahnon Ahmad) dan yang terbaharu Capa Rengat Gulai Rawo (Baharuddin Kahar).

Penerbitan lain ialah adaptasi novel Datuk Anwar Ridhwan, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman  di Astro, drama bersiri  Kemboja di Hati daripada novel Ramlah Rashid di TV Al-hijrah dan Bening Cahaya Maulid  untuk siaran TV3.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya