Polis Sabah kesan wanita loloskan diri dari kawasan PKPD - Utusan Malaysia

Polis Sabah kesan wanita loloskan diri dari kawasan PKPD

TINDAKAN wanita meloloskan diri dari pagar kawad berduri di Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu yang tular dalam media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Polis Sabah sedang mengesan seorang wanita yang bertindak nekad meloloskan diri menerusi pagar kawad berduri yang dipasang di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bandaraya Berjaya di sini semalam.

Rakaman video aksi wanita itu menyelinap keluar melalui pagar kawad berduri di kawasan PKPD berkenaan tular melalui aplikasi TikTok yang berdurasi 0.31 saat dan dipercayai dirakam pada 8.30 malam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, laporan polis mengenai kejadian itu diterima selepas video tersebut tular di media sosial.

HAZANI GHAZALI

“Pihak polis sedang mengesan wanita berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan PKPD supaya sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan dan kekal berada di lokaliti tersebut.

Hazani berkata, perbuatan melarikan diri dari kawasan PKPD bukan hanya membahayakan diri, tetapi turut berhadapan tindakan undang-undang kerana melanggar perintah PKPD.

Lokaliti Bandaran Berjaya diletakkan di bawah PKPD sejak semalam sehingga 25 Julai ini susulan 17 kes positif Covid-19 dilaporkan di lokaliti berkenaan.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN