Nelayan perairan Melaka lega - Utusan Malaysia

Nelayan perairan Melaka lega

ZOLKIFLI RASHID (kiri) dan ZULKIFLI ABDUL RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Golongan nelayan negeri ini menyambut baik keputusan Jabatan Laut yang bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri mewujudkan zon nelayan dan zon kapal di perairan sekitar negeri ini.

Mereka sudah lama menanti-nantikan khabar gembira itu demi menyelesaikan isu kapal bersauh sehingga menutup laluan menangkap ikan 300 nelayan dari Pantai Puteri hingga Klebang.

Seorang nelayan dari pengkalan Kampung Hailam, Zolkifli Rashid, 48, berkata, keputusan berkenaan cukup melegakan hatinya dan rakan-rakan.

Katanya, perkara tersebut wajar dilaksanakan segera berikutan seluruh komuniti nelayan sudah tidak sabar untuk menangkap ikan tanpa rasa resah dan bimbang.

“Bila banyak sangat kapal bersauh, susah bagi kita yang menangkap ikan menggunakan pukat hanyut untuk mencari rezeki.

“Masalah ini sudah lama kita hadapi dan harap ia tidak sekadar janji sahaja,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Jabatan Laut bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri untuk mewujudkan zon nelayan dan zon kapal bagi menyelesaikan konflik kapal bersauh yang menutup laluan nelayan menangkap ikan.

Pengarah Wilayah Tengahnya, Baharuddin Zakaria berkata, langkah yang dicadangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee itu dilihat amat tepat.

Dalam pada itu, seorang lagi nelayan, Zulkifli Abdul Razak, 42, turut menzahirkan rasa syukur kerana masalah lebih 10 tahun terbabit bakal berakhir tidak lama lagi.

“Kami sudah berdepan masalah ini sejak 10 tahun lalu, kini saya lihat ada sinar buat kami mempunyai zon untuk menangkap ikan dan tidak lagi timbul konflik antara nelayan dan pemilik kapal selepas ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya