MoU PDI Malaysia-Indonesia dimuktamad - Utusan Malaysia

MoU PDI Malaysia-Indonesia dimuktamad

PAPA menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dengan iklan pembantu rumah dalam media sosial. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Isu sistem saluran tunggal dan konsep one maid, one task (satu amah, satu tugas) adalah antara perkara dibincangkan dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal antara Malaysia dan Indonesia semalam.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, kedua-dua negara kini dalam proses memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) pengambilan dan perlindungan perkhidmatan domestik Indonesia (PDI) di negara ini.

Menurutnya, antara isu lain dibincangkan termasuk gaji PDI dan hal kebajikan serta perlindungan pekerja migran Indonesia di Malaysia.

“Konsep sistem saluran tunggal diberikan penekanan bagi memastikan saluran kemasukan perkhidmatan domestik Indonesia secara teratur dan lebih telus dari Indonesia terutama dari segi gaji dan pemeriksaan kesihatan. 

“Malaysia dan Indonesia secara dasarnya bersetuju untuk melaksanakan integrasi sistem sedia ada di kedua-dua negara bagi melaksanakan sistem berkenaan,” katanya.

Katanya, Malaysia juga mengemukakan cadangan balas berhubung isu satu amah satu tugas melibatkan bilangan isi rumah diambil kira contohnya enam orang ahli isi rumah bagi satu PDI. 

KSM berkata, cadangan satu amah satu tugas dikemukakan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan ketika sesi perbincangan secara maya dengan rakan sejawatnya, Menteri Tenaga Kerja Republik Indonesia, Ida Fauziyah pada Mei lalu.

“KSM prihatin dengan keperluan mendesak masyarakat agar isu pembantu rumah dapat  ditangani dengan secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) memohon untuk dipercepatkan pemeteraian MOU PDI.

Perkara itu dimaklumkan Jokowi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan lawatan rasmi beliau ke Jakarta pada Februari lalu.

 MOU PDI itu ditandatangani buat pertama kalinya pada 13 Mei 2006 di Bali, Indonesia.

Susulan itu, Protokol Meminda MoU PDI ditandatangani pada 31 Mei 2011 di Bandung, Indonesia yang tamat pada 30 Mei 2016.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya