Melaka tangguh hospital medan - Utusan Malaysia

Melaka tangguh hospital medan

SULAIMAN Md. Ali menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al Mujib, Kampung Durian Daun, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Melaka terpaksa menangguhkan pembinaan hospital medan di Jasin berikutan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini digunakan sepenuhnya untuk pengawalan Covid-19 di Selangor.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, perkara itu dimaklumkan kepada kerajaan negeri menerusi mesyuarat yang diadakan semalam.

“Kita difahamkan, semua aset-aset ATM telah digunakan sepenuhnya untuk membantu pengawalan Covid-19 di Selangor.

“Jadi, Melaka terpaksa menangguhkan perancangan pembinaan hospital medan,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al Mujib, Kampung Durian Daun di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia pada 9 Julai lalu melaporkan, Melaka akan membangunkan hospital medan di Hospital Jasin dalam masa terdekat bagi mengurangkan kesesakan pesakit kritikal Covid-19 di Hospital Melaka.

Dalam pada itu, tambah Sulaiman lagi, bagaimanapun pusat rawatan tambahan tetap akan dibangunkan sebaik sahaja pihak tentera bersedia mengerahkan aset ke negeri ini.

Dalam perkembangan lain Covid-19, beliau turut memaklumkan, sebanyak 10 buah katil unit rawatan rapi (ICU) akan ditambah di Hospital Melaka bagi menampung keperluan pesakit yang kritikal.

“Menerusi mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) semalam, sebanyak 10 buah katil ICU lengkap berserta alat bantuan pernafasan akan ditambahkan di Hospital Melaka.

“Kita juga akan menyediakan katil-katil untuk kes kecemasan sebagai persiapan awal sekiranya pesakit kes Covid-19 semakin meningkat,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya