Maxis catat PAT lebih tinggi - Utusan Malaysia

Maxis catat PAT lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maxis Berhad (Maxis) mencatatkan prestasi suku kedua lebih baik dengan keuntungan selepas cukainya (PAT) meningkat 5.3 peratus kepada RM360 juta pada suku kedua tahun kewangan 2021 (2QFY21) berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Hasil perkhidmatan kumpulan itu kekal berdaya tahan pada RM1.99 bilion dengan pertumbuhan yang sihat 3.1 peratus dari tahun lalu dengan momentum strategi konvergen yang lebih baik serta sumbangan yang lebih tinggi dari perniagaan fiber dan pascabayar.

Menurut syarikat jalur lebar mudah alih itu, hasil pascabayar meningkat 2.2 peratus kepada RM1.002 bilion bagi suku tahun semasa dan pertumbuhan 7.0 peratus bagi asas pelanggan, terutamanya Maxis Postpaid dan Hotlink Postpaid.

Ujarnya, dividen interim 4 sen diumumkan untuk suku ini memandangkan produktiviti, koleksi dan inisiatif pengurusan tunai berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang dalam pandemik norma baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata, dalam masa yang sukar ini, kumpulan itu terus menyokong negara dengan memberikan kesalinghubungan terbaik untuk rakyat Malaysia.

“Walaupun berpuas hati dengan prestasi teguh yang telah dicapai untuk suku ini, kami akan tetap memberikan fokus yang berterusan dalam memastikan pelanggan mempunyai akses kepada penyelesaian dan perkhidmatan terbaik.

“Kami komited untuk melabur dalam Malaysia dengan mendorong penggunaan digital yang lebih besar untuk perniagaan, memperluas rangkaian kami dan membangun kemampuan dan bakat baharu,” katanya dalam kenyataan.

Pada suku kedua itu, Maxis menawarkan penyelesaian yang lebih inovatif untuk pelanggannya dan mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam asas pelanggan Maxis Postpaid dan Hotlink Postpaid sambil mengekalkan momentum prabayar hingga pascabayar yang kuat dengan pengambilan Hotlink Postpaid yang bernilai tinggi.

Dengan peningkatan pelanggan dan perniagaan atas rangkaiannya, perbelanjaan modal Maxis pada suku kedua berjumlah RM180 juta, digunakan untuk menyokong pertumbuhan trafik data, serta pelaburan dalam pertumbuhan fiber dan perusahaan.

Selain itu, kumpulan itu turut menyaksikan aliran tunai bebas operasi (OFCF) berjumlah RM894 juta terutamanya disebabkan oleh pembayaran sumbangan Peruntukan Perkhidmatan Sejagat.

Penggunaan aplikasi Maxis dan Hotlink terus meningkat dengan 61 peratus pemegang akaun utama pascabayar menggunakan aplikasi Maxis, sementara 75 peratus pelanggan mudah alih prabayar menggunakan aplikasi Hotlink. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya