Manfaatkan R&D tempatan tingkat sistem pertahanan negara - Utusan Malaysia

Manfaatkan R&D tempatan tingkat sistem pertahanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :  Malaysia perlu mempertingkatkan keupayaan pertahanan bagi mendepani cabaran semasa dengan memanfaatkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D)  tempatan.

Ini kerana menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)  Brig. Jen. (B) Prof. Ir. Dr. Norazman Mohamad Nor sistem pertahanan negara masih rendah disebabkan Malaysia tidak pernah merancang secara berkesan dan berani untuk berdikari dalam pembangunan sistem tersebut seperti di negara jiran sejak 20 tahun lalu.

“Kesiapsiagaan pertahanan negara adalah sesuatu yang perlu dirancang dan dibangunkan pada waktu aman.

NORAZMAN MOHAMAD NOR

“Negara-negara yang diganyang musuh kebanyakannya lalai dengan keperluan ini, gagal atau tidak berpeluang berbuat demikian, “ujarnya kepada Utusan Online.

Beliau berkata, keperluan pertahanan bukanlah sesuatu yang dapat dibangunkan dalam tempoh yang singkat atau dengan kos yang rendah.

Katanya, keperluan membangunkan sistem pertahanan juga bukan sesuatu yang dapat dibeli pada bila-bila masa diperlukan sebaliknya ia perlu dirancang dengan teliti sejajar dengan dasar dan konsep pertahanan negara.

Beliau mengingatkan, kebergantungan yang keterlaluan kepada aset dan bekalan pertahanan dari luar adalah sesuatu yang boleh mengundang masalah sekiranya bekalan terputus ketika konflik sedangkan pada masa itulah aset pertahanan amat diperlukan.

Beliau memberi contoh, konflik Palestin-Israel menunjukkan dengan jelas, walaupun dengan semangat juang  yang tinggi, kemusnahan di pihak Gaza akibat serangan udara tidak dapat dibendung disebabkan ketiadaan sistem pertahanan udara yang berkesan.

Kata beliau,  serangan ratusan roket daripada pihak Hamas dapat ditangkis secara berkesan oleh Israel menggunakan sistem Iron Dome yang dibangunkan mereka sendiri bagi menghadapi ancaman serangan roket yang telah dijangka.

“Apakah ancaman yang kita jangka sekiranya berlaku konflik di rantau ini. Adakah kita bersedia untuk menggerunkan musuh dan mempertahan aset dan infrastruktur negara daripada serangan udara berintensiti tinggi.

“Kita harus fokus supaya dapat menggembleng sumber negara  membangunkan keupayaan pertahanan negara yang terpenting secara sendiri bagi menggerunkan musuh,” ujarnya.

Sniper rifle

Katanya, antara sistem pertahanan udara bagi mengelak serangan pre-emptive dan serangan punitive adalah roket jarak jauh sebagai pencegahan atau deterrence, senjata kecil untuk pertahanan berterusan atau protracted defence, peluru dan bahan letupan  untuk mengekalkan keupayaan pertahanan.

Justeru beliau berkata UPNM adalah entiti yang sedia  menggembleng sumber bersama industri pertahanan negara yang berwibawa bagi membangunkan aset-aset penting pertahanan negara.

Bagaimanapun  kerajaan perlu mempertingkatkan pelaburan dalam membangunkan sistem pertahanan bagi mempersiapkan generasi masa hadapan untuk menghadapi cabaran yang lebih getir pada masa akan datang

“Buat masa ini dengan bantuan geran penyelidikan dari UPNM, Kementerian Pengajian Tinggi , Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Tenaga, dan Sumber Asli (KETSA), beberapa produk pertahanan telah dapat diketengahkan, “ujarnya.

Sistem penjejak satelit

 

Antaranya ialah TACCOMS (Tactical Communication and Operations Management System), Aircraft and Vessel Satellite Tracking System‘, Sniper Rifle, Propellant, Blast Resistance Glass, Blast Resistance Concrete, Portable Bridge System, dan ‘Autonomous Wheelbarrow for CBRNe Operations Detection and Decontamination’.

Beliau memberitahu,  setakat ini bilangan paten pembaharuan utiliti dan reka bentuk industri yang dihasilkan UPNM berjumlah 70 dan lima peratus daripadanya berjaya dikomersialkan  dan digunakan oleh masyarakat.

Ujian letupan ke atas konkrit tahan impak.

Selain UPNM sebuah lagi entiti yang terlibat dalam penyelidikan pertahanan adalah Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride). -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.