Lebih baik kibar bendera putih, daripada buat bukan-bukan - Utusan Malaysia

Lebih baik kibar bendera putih, daripada buat bukan-bukan

YAAKOB Montel menunjukkan bendera putih yang dipasang di hadapan rumahnya di Rumah Awam Taman Kebaya di Alor Gajah, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: “Ada ketika saya berasa sangat tertekan dengan keadaan sekarang kerana tidak boleh mencari rezeki susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lepas”.

Itu luahan seorang bapa tunggal, Yaakob Montel, 54, yang nekad mengibarkan bendera putih di hadapan rumahnya di Rumah Awam Taman Kebaya di sini, pada Rabu kerana hampir terputus barangan keperluan asas.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, tindakan tersebut sebagai jalan terakhir selepas tidak lagi dapat mencari rezeki sebagai pemandu lori.

Katanya lagi, dia bukan berniat untuk meminta-minta, jauh sekali untuk mengambil kesempatan, tetapi kelangsungan hidup perlu diteruskan biarpun ada yang memandang serong.

“Sebelum Perintah kawalan PKP 3.0 diperketatkan, saya mampu meraih pendapatan sehingga RM5,000 sebulan. Hasil keringat sebagai  pemandu lori itulah yang saya gunakan untuk membayar komitmen bulanan, membeli barang dapur dan menguruskan persekolahan anak-anak.

“Bagaimanapun, PKP yang berterusan menyebabkan kehidupan saya semakin sukar. Hutang tetap kena bayar, anak-anak perlu diberi makan”, katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambah Yaakob, dia mengibarkan bendera putih selepas melihat kempen itu di laman sosial dan tidak menyangka dalam tempoh dua jam sahaja, bantuan terus dihulurkan masyarakat setempat yang prihatin.

Ujarnya, dia menerima barangan keperluan asas seperti beras, sardin, susu, minyak masak termasuk sumbangan wang tunai.

“Saya bersyukur kerana ramai yang prihatin dengan nasib orang lain dan sedikit sebanyak membantu saya meneruskan kehidupan di waktu sukar ini. Jika ada orang yang senasib dengan saya, sahutlah kempen ini daripada mengambil tindakan yang bukan-bukan.

“Saya sendiri tidak faham mengapa ada pihak yang mempersoalkan kempen ini, sedangkan ia sangat membantu rakyat yang terkesan. Pada saya biarkan sesama rakyat marhaen membantu jika pihak berwajib ‘sibuk’ menguruskan perkara lain,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya