Konvensyen Dakwah Negara mulai 2 Ogos - Utusan Malaysia

Konvensyen Dakwah Negara mulai 2 Ogos

Konvensyen Dakwah Negara 2021 yang akan berlangsung secara dalam talian mulai 2 Ogos ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dalam usaha menggembleng para aktivis dakwah bergerak dalam wacana yang berstruktur, Majlis Dakwah Negara (MDN) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan menganjurkan Konvensyen Dakwah Negara mulai 2 Ogos ini.

Konvensyen yang diadakan secara modular itu turut mendapat sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan lebih 40 pertubuhan dakwah.

Ia akan berlangsung setiap Isnin bermula 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari sepanjang Ogos yang melibatkan empat sesi persidangan meja bulat dan satu sidang pleno.

Ketua Urus setia konvensyen, Dr. Nor Raudah Siren berkata, program pada 2 Ogos itu melibatkan Presiden Pertubuhan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Dr. Abdullah Sudin sebagai fasilitator.

Beliau akan dibantu oleh Pengarah Kanan Dakwah Jakim, Ruslan Said dengan tajuk ‘Reali­ti Gerakan Dakwah di Malaysia Sekarang’.

Katanya, sidang meja bulat kedua akan berlangsung pada 9 Ogos dengan perbincangan bertajuk ‘Masalah dan Keka­ngan Dalam Melaksanakan Tugas Dakwah Dalam Realiti di Malasia Masa Kini’.

Pada 16 Ogos, perbincangan meja bulat diteruskan dengan tajuk ‘Membina Masa Depan Yang Lebih Cerah Bagi Gerakan Dakwah Di Malaysia’.

Perbincangan terakhir pula adalah pada 23 Ogos yang akan mengupas persoalan ‘Perkongsian Bijak Di antara Pelbagai Organisasi Dakwah di Malaysia Bagi Mencapai Hasil Usaha Yang Maksimum’.

Ia akan dipimpin oleh fasilitator, Datuk Nakhaie Ahmad.

“Konvensyen akan ditutup dengan sidang pleno bagi menetapkan usul dan ketetapan oleh fasilitator yang juga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Emeritus Tan Sri Mohd Kamal Hasan dan dibantu oleh pakar motivasi, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini.

Dr. Nor Raudah berkata, konvensyen itu diharap dapat membentuk satu gagasan umum dan kerjasama antara penggiat dakwah dan meneliti potensi dakwah bagi menggalakkan ‘perubahan sosial’ dan amalan ‘budaya hidup’ yang berperadaban tinggi.

Seterusnya, kata beliau, me­rangka kemungkinan penubuhan organisasi bersama dalam penyelarasan dan kerjasama dakwah rentas politik kepartian dan sekterian (aliran pemikiran dan bermazhab).

“Kesemua objektif yang diharapkan itu adalah penting dalam usaha merancang aktiviti dakwah secara lebih efisien dan berkesan di samping mengoptimumkan kepakaran masing-masing, bukan lagi berbentuk dakwah secara terpisah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya