Kematian Covid-19 turun, majoriti warga emas - Utusan Malaysia

Kematian Covid-19 turun, majoriti warga emas

Kes kematian akibat jangkitan Covid-19 masih membimbangkan- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kecil kematian iaitu 73 kes berbanding semalam, 84 kes dengan 50 warga emas manakala bakinya golongan rentan. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus kekal menjadi penyumbang terbesar kematian iaitu 29 kes, 13 kes di Negeri Sembilan, masing-masing lima kes di Kuala Lumpur dan Sabah, masing-masing empat kes di Johor, Pahang, dan Sarawak, tiga kes di Labuan, masing-masing dua kes di Kelantan dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Melaka dan Kedah.

“Seramai 41 lelaki termasuk enam warga asing dan 32 wanita dan tiga warga asing berusia 24 hingga 91 tahun dengan 12 kes tiada penyakit dan 13 kes meninggal dunia di rumah. 

“Antara penyakit yang dikesan dalam kalangan kes iaitu kencing manis, jantung, buah pinggang, asma, darah tinggi, endokrin, obesiti, strok, dislipidemia, tiroid, kanser, saraf, epilepsi dan paru-paru kronik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia terus merekodkan kes positif Covid-19 menghampiri 7,000 iaitu 6,982 kes sekali gus mengatasi kes sembuh walaupun turut mencatatkan peningkatan iaitu 6,278 kes dengan 905 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 443 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 66,084 kes aktif. 

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 2,907 diikuti Kuala Lumpur (637), Negeri Sembilan (606), Johor (517), Sarawak (440), Pulau Pinang (351), Pahang (329), Kedah (257), Sabah (230), Melaka (202) 

“Hanya dua negeri dan satu Wilayah merekodkan kes di bawah 200 iaitu Perak (182), Kelantan (129), Labuan (131) manakala Terengganu (44), Putrajaya (20) dan hanya Perlis, sifar kes,” katanya.

Mengulas mengenai 17 kluster baharu, beliau berkata, sembilan kluster melibatkan tempat kerja, lima kluster komuniti dan tiga kluster kumpulan berisiko tinggi. 

Kluster tempat kerja katanya, tiga di Johor, Damai 16 di Johor Bahru (13), Jalan By Pass Batu Anam di Segamat (26), Keluli Industri Tiga di Johor Bahru (9) dan tiga di Selangor, Perdagangan Harmoni Satu di Sepang (19), Jalan Besar Teras Jernang di Sepang dan Hulu Langat (42), Tapak Bina Persiaran Institusi di Sepang (39) 

“Bakinya, Kilometer 85 Mukah di Mukah, Sarawak (92), Jalan Masjid India di Lembah Pantai, Cheras, Kepong dan Titiwangsa, Kuala Lumpur (13), Tingkat Perusahaan 4A di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (9). 

“Kluster komuniti pula lima kluster, Kampung Sungai Hilir Perupo di Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan (9); Kampung Pahi Kuala Krai di Kuala Krai, Kelantan (21); Kompleks Fasa Dua di Muar, Johor (19); Sungai Gamong di Meradong, Sarawak (13); Tanjung Pitas di Pitas, Sabah (43),” katanya. 

Tambahnya, tiga kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi pula, Persiaran MARDI di Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling, dan Gombak, Selangor (52) dan Jalan Orkid di Hulu Selangor, Selangor (15) manakala Persiaran Soga di Batu Pahat dan Kluang, Johor (19). – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN