Kekalutan mengenai baja kimia dan baja organik terjawab - Utusan Malaysia

Kekalutan mengenai baja kimia dan baja organik terjawab

Forum Sembang Santai@k14: Baja Kimia vs Baja Organik: Mana Lebih Baik? diadakan secara dalam talian, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kolej 14 Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini menganjurkan forum Sembang Santai@k14: Baja Kimia vs Baja Organik: Mana Lebih Baik?

Forum anjuran Majlis Perwakilan Kolej 14 dengan kerjasama Fakulti Pertanian UPM, Jabatan Pertanian Malaysia dan Persatuan Biochar Malaysia (BMA) itu bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai termasuk pengusaha baja dan pengguna mengenai kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam baja kimia dan baja organik. 

Para panel terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang sains tanah dan pembajaan iaitu Profesor Dr. Che Fauziah Ishak (Fakulti Pertanian UPM), Datin Dr. Rosenani Abu Bakar (Naib Presiden BMA) dan Fathi Ayyub Mohd. Zaini (Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian) bersama moderator, Dr. Adibah Mohd. Amin.

Isu-isu berbangkit yang disuarakan oleh pengusaha ladang tanaman dan baja tertumpu kepada kandungan nutrien yang terdapat dalam setiap baja. 

Selain itu, para panel juga berkongsi kaedah bagaimana untuk memahami kesesuaian baja bagi meningkatkan hasil tanaman kerana pemilihan baja yang salah atau aplikasi tidak mengikut kesesuaian sesuatu tanaman boleh menjurus kepada pembaziran dan  kesan negatif terhadap alam sekitar. 

Para panel juga menegaskan kepentingan bagi para pengusaha baja memastikan kandungan nutrien yang dinyatakan pada produk masing-masing adalah tepat di samping menasihati pembeli agar sentiasa berwaspada dalam pemilihan baja untuk tanaman.

Dalam pada itu, Pengetua Kolej 14 UPM, Dr. Daljit Singh Karam Singh berkata, sasaran utama webinar tersebut adalah pelajar-pelajar UPM, namun beliau tidak menyangka mendapat sambutan daripada agensi kerajaan dan swasta lain. 

“Topik webinar kita sangat mudah untuk difahami tetapi inti pati perbincangan memakan masa lebih dua jam kerana para panel sibuk menjawab segala pertanyaan dan kemusykilan yang diutarakan oleh para peserta. 

“Ini menunjukkan program sebeginilah yang diperlukan oleh masyarakat di mana mereka dapat bersama-sama para akademik untuk menjawab segala pertanyaan mengenai pembajaan,” katanya, baru-baru ini.

Selain itu, jelasnya,  ramai pengusaha ladang tanaman ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah analisis tanah serta bagaimana UPM dapat membantu mereka dalam meningkatkan hasil sedia ada. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.