KBS umum tujuh inisiatif Prihatin Belia dan Sukan - Utusan Malaysia

KBS umum tujuh inisiatif Prihatin Belia dan Sukan

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan tujuh Inisiatif Prihatin Belia dan Sukan yang memfokuskan agenda kepada penggiat industri sukan sebagai usaha tuntas serta penampan untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19. 

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, peruntukan sebanyak RM18 juta disediakan di bawah Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) dan dijangka boleh memanfaatkan kira-kira 6,000 buah syarikat perniagaan berdaftar berkaitan industri sukan. 

“GPIS disediakan khusus untuk manfaat pengusaha fasiliti sukan dan rekreasi komersial yang terjejas sebagaimana yang diumumkan dalam Pemulih dengan bantuan RM3,000 secara one-off. 

“Permohonan mendapatkan GPIS dibuka mulai hari ini dan boleh memohon melalui pautan gpis.kbs.gov.my,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, inisiatif lagi juga melibatkan moratorium bagi pengiat sukan secara automatik dengan penyediaan surat pengesahan dan insentif sewaan dan operator perniagaan fasiliti sukan KBS. 

Katanya, KBS akan memberikan insentif sewaan fasiliti sukan dan rekreasi seliaan pada kadar 50 peratus untuk tempoh enam bulan akan datang terpakai kepada fasiliti sukan dan rekreasi milik Majlis Sukan Negara (MSN), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dan Impact Integrated

“Pengecualian sebanyak 50 peratus kadar sewaan selama enam bulan bermula dari tarikh PKP 3.0 berkuat kuasa juga diberikan kepada operator perniagaan fasiliti. 

“KBS juga telah memanjangkan cadangan pelaksanaan pengurangan bayaran lesen perniagaan kepada operator sukan untuk pertimbangan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta semua kerajaan negeri,” jelasnya. 

Tambah Reezal Merican, bagi menyokong para pekerja penggiat industri sukan yang terkesan, KBS akan menawarkan dan memberi keutamaan pengambilan sukarelawan MyVAC kepada pekerja industri sukan melalui Program MyVAC@SportsIndustry dengan peruntukan RM6 juta bagi setiap pelaksanaan. – UTUSAN ONLINE

Katanya, KBS akan bekerjasama dengan Kementerian Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bagi membolehkan kadar bayaran balik yang lebih rendah dapat dipertimbangkan untuk penggiat industri sukan dibawah Skim Pembiayaan Industri Sukan (SPIS). 

“Program Vaksinasi Industri Sukan (SPORTIVAC) akan membolehkan penggiat industri sukan diberikan keutamaan untuk menerima vaksin yang akan diselaraskan oleh SPIKE. 

“Inisiatif terakhir ialah penawaran kursus berkaitan secara percuma kepada penggiat industry sukan serta orang ramai khususnya para belia dalam meningkatkan kemahiran dan ilmu berkaitan sukan,” katanya. – UTUSAn ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.